Sunday, December 27, 2015

Setiap Kali Bukak FB...

Aku akan baca hal2 berkaitan ibadah, amalan mengikut sunah dan macam2 kata motivasi.
How true.
Dalam hidup, sebagai orang Islam, memang kita sentiasa disuruh mencari keredhaan Allah. No doubt about it.

And everybody is not the same.
Sometimes, sesetengah kita boleh..mampu, bukan saja dari segi kewangan ni, dari pelbagai sudut, untuk suka2kan hati keluar makan2 dengan kawan2.
And talk about sirah dan sunah, whats wrong and whats right, tapi macam total hypocrisy. Hal2 macam ni bermula dari keluarga terdekat..

Heres a real life teladan, baca dan renungkan. Sepupu seorang kawan. Jumpa2, borak2, macam self-help group jugaklah. Younger than me, 41 tak silap. Susah. Tak pernah kawin. Tinggal dengan my friend ni punya family lah sekarang ni. Femes lah hal ni, dulu2 anak2 buah dijaga dek makcik2. Dia pun dulu camtu. Sekarang ni, anak2 sedara dah kerja, boleh tahan. Tapi nak saja2 pegi tengok kat kampung, memang takde. Nak huluq fuluih sikitpun, tak penah, macam depa orang susah. Tengok dalam FB bila anak2 sedara lain tunjukkan, rasa menyampahpun ada katanya. Post cerita mulianya bersedekah, reposting macam2 yang kedengaran macam.. "wahh, mesti mulia akhlaknya" makan mewah2 "mesti berUWANG" mesti tak kedekut sedekah RM50.00 sebulan. Katanya, harammmmm.

So kadang2 bila aku baca bebenda macam tu, aku skeptikal - yang baik2 suruhan Allah dan Rasullullah SAW memang kita pegang, InsyaAllah,  tapi yang mengeposnya tu, belum tentu boleh pakai!! Haha. Pleaselah..

Macam seorang yang rapat dengan saya. Setiap kali post di wall, semua yang berkisar halal haram. Satu hari, keluarganya memohon bantuan Ustaz, kerana baran melampau dan tidak menjaga solatnya. Itu serba sedikit cukuplah untuk buat renungan.

Ada pulak yang terang2 cara berseloroh ngaku, share je, sekurang2nya dapat pahala sampaikan pesanan Rasullullah SAW kepada orang lain. Betul!

Kalau baca wall FB eh, macam poie usrah. Sikit lebih kuranglah.. :-)

Anyway, last but not least, seorang kawan ejen takaful. Baru2 jugak mula full time. Minta tolong bgi leads. Aku tolong tanya2kan. Orang Melayu ni memang bab2 insurans dengan khinzir memang macam benda paling teruklah. Kalau ada list item
12,345,678... yang numbo 12,345, 677 tu ejen insurans, yang numbo 12,345, 678 tu khinzir! Punyalah orang Melayu payah benauuu nak jumpa ejen insurans! Aku penah buat dulu. Jangan salah paham lah pulak!  Kang ada pulak ejen takaful yang bambu aku. Perumpamaan je Hokeyyy!
So this Kak Nam beriya2lah kata ok, ok, boleh bagi numbo aku. Dekat 20 kali my friend si ejen takaful ni tried - sms, watsapp, call. Haram dijawabnya. Return call pun tidak. Cemana you justify akhlak (perghhhhh, AKHLAK! Poyo kau Nora) macam ni? Aku dengar pun panas hati. Beradablah, yang beri OK engkau sendiri. Kalau tak mampu masa ni, bersopanlah jawab, bagitau something came up, saya tak dapat nak commit buat masa sekarang, InsyaAllah as soon as things get sorted out, saya telefon ok? Payah na ke bagi yang sungguh tinggi budi pekerti?

No seriously, I pun ada hatemails. Orang kata, apa daa, asik2 tulis pasal orang buat salah. Tulislah pasal hal2 yang baik2. Yang boleh membawa manusia ke level lebih baik..
Yang tu dsh ramai yang tulis, sebenarnya, ramai dah tau.
Yang jenis, spesis macam ni yang makin ramai, so saya dan anda patut cermin2 diri dan betulkan diri.
Bila amalan bertambah, peribadipun patutnya lebih gah..
Aku sama2 ingatkan diri ni, coz aku memang still belajar memperbaiki diri! So please, buka minda, buka hati, tulisan saya bukan  judging them, tapi untuk reflect... belajar dari experience - why we do what we do...?
Macam ceghita had khinzir tadi, orang kita kalau ada citer berkitar tentang khinzir, yang paling teruk lah tu. Buat maksiat, tak ingat jijik langsung, itulah kata pedas kawan saya, haha hamik kau sebijik.
Inilah maksud saya bila saya kata, kena  buka minda, my distorted conviction bukan nak memburukkan orang, tapi untuk belajar..

Mohon maaf..