Sunday, December 13, 2015

PT3 RESULT IN A FEW HOURS

Both mom and daughter, experiencing extreme .... anxiety? This is Chahs 2nd major exam. I have to admit, anak-anak saya bukan terdiri dari cerdik pandai. Anak-anak saya macam bapaknya. Tapi anak-anak saya memang kerja keras. Lama saya belajar untuk redha. Saya percaya, rezeki mereka pasti datang.
Tapi saya tetap bebelkan supaya dorang terus ingat, untuk hidup senang, agama dan pelajaran mesti kena seiring.
Dulu, saya sendiri seorang pelajar sederhana saja. Saya cuma dapat 3A, 2B masa Penilaian, 16 Agg masa SRP, gred 2 masa SPM sipi2..24agg kot, tak ingat, 3P, 2R STPM. Mintak mana2 pun tak dapat. I sambung belajar, di UiTM lepas 5 ..6 tahun kerja. MassComm - PR.
My Ex anak orang senang, yg patutnya mak ayah dia nk htar pi belajar di US, tapi dek sebab tak mau berpisah dengan saya (katanya lah.. tapi saya rasa dia takut pergi sendiri kerana dia tak minat belajar.), jadi kesudahannya, dia tidak pergi! Dia masuk maktab perguruan, instead. Jadi Guru. Kemudian berhenti. Dan bertukar-tukar profession.
Anyway, saya tengok sendiri usaha Chah makin meningkat. Usahanya seiring, Alhamdulillah. Dia sudah mula faham, pentingnya usaha untuk dapat kejayaan. Untuk lakukan apa yang dia minat, dia mesti usaha dlm bidang akademik.

Tak sure betul atau tidak cara saya ni, sekarang saya selalu ingatkan anak-anak perempuan saya agar memilih jodoh lelaki yang beragama dan berpelajaran. Saya cuba tanamkan dalam anak-anak, agar jadi pasangan yg baik  kepada isteri atau suami masing-masing, kerana itu permulaan kehidupan yang berjaya, dunia dan akhirat.

So in a few hours lagi ni, saya masih cuba mententeramkan hati agar terima dengan redha. Anak ini dan juga adik-adiknya banyak mengorbankan masa mereka menjaga saya ketika terlantar sakit.
MY mini me ♥♥

Mama harap, Chah sendiri akan terus usaha, sampailah apa yang Chah inginkan, dimakbulkanNya...Amin.