Sunday, November 22, 2015

Media Sosial

Dulu, ada saya terbaca posting di wall kawan yang menyentuh perihal 'tatasusila' di Media Sosial. Dulu saya memang bangang tentang adab dan 'teknik' penggunaannya, lebih-lebih lagi part setting privacy! Ada banyak kali saya pos status2 bodoh yang memalukan diri sendiri. Dan penggunaan PM/Group Inbox!!

Anyway, bukan tu saja yang nak saya cerita hari ni. Saya nak cerita pasal posting kawan saya di wall nya. Post nya adalah hukum atau adab bagi yang gemar mengepos makanan harian yang dimasak atau dimana makan yang lazat2. Saya tak pernah peduli sangat sebab saya pernah buat kesilapan.
Saya tak mau sentuh tentang hukum, sebab saya tak bertauliah langsung, tapi saya nak sentuh tentang adabnya. Bagi yang berniaga, kita perlu faham mereka mengiklan perniagaan dan produk.

Bagi yang bukan berniaga?
Ikut kawan saya, orang-orang macam ni, lebih kurang macam jenis kaum kurang kasih sayang. Menurutnya, mereka ni sebenarnya tidak dilayan sangat di rumah sendiri, atau ada masalah internal..kesepian, jeles..suka menunjuk-nunjuk. Article yang saya baca kata, macam mana orang yang membaca dan melihat gambar-gambar makanan yang dipos tu, orang yang tidak mampu, tapi tengok gambar, meleleh air liur...? Lepas tu, banyak saya tengok orang komen LIKE..dan agreed dengan apa yang dipersoalkan.
Seorang lagi kawanpun baru-baru ini brought up hal sama. Dalam grup Whatsappnya ada seorang kawan yang memang gemar betul mengepos lauk-pauknya ke Whatsapp dan sosial medianya. Grup kawan saya ni bukan calang-calang orangnya, semuanya duduk rumah banglo dan kereta tak kurang dari 2. Alkisahnya orang-orang yang mampu nak masak ketam, lamb, salmon dan udang size XL pun nyampah. Macam2 komen. Katanya " Hari ni hubby start course kat Penang, so.. masak simple je. Menu hari ni, sop tulang rusuk, mutton black pepper, pajeri nenas blah blah blah.."

Cemana ye bagi orang yang tak mampu?

Nak jadi cerita, Allah nak bagi saya rasa, macam mana.. Adalah seorang sedara yang mungkin terlalu kesunyian, kerana dia dah lama solo, tiada zuriat. Dia tinggal bersama anak sedaranya. Boleh dikatakan hampir 3, 4 kali seminggu, dia sure akan pos menunya pada saya di Watsapp! Macamana saya tau hanya saya saja? Dia selalu watsapp macam ni:
"Boring lah, mesej kawan2 aku semua tak jawab..kau buat apa nok? Arini masak blah blah blah..." or out of the blue..."Nak gi tesco ni, nak gi shopping.."

Anywayyyy, kadang2 ada gambar.
"Arini masak ketam masak lemak, sayur campur dengan udang besau2..." dan saya pun tak ingat, sebab banyak betul lauknya.
Hahahhd, kalau nak hantar pada orang susah macam saya ni, ada jugak baik dan pahalanya. Ni sekadar nak bagi ayaq liuq meleleh ja, mintak toksah lah hantaq lagi naaa.
Kitorang kata jobo tak pasal2!

Entahlah, harap2 orang2 macam ni tiada niat tidak baik, cuma mahu berkongsi kebahagiaan mereka kerana mampu makan mewah..